Puan Nooriha , KL
Niat nak berniaga secara online ni dah lama tapi saya sendiri tak ada idea nak meniaga apa. Fokus saya waktu tu ialah jualan online jadi saya jadikan Instagram sebagai platform pertama untuk bermula.
Pada April 2016, saya ternampak satu post di Instgram: @marshaena berkenaan pencarian dropship. Saya pun tanpa berfikir panjang, terus saja whatsapp beliau dan bersetuju untuk menjadi dropship melalui produk IV Mist.
Daripada IV Mist, saya mula pula menjual cadar yang terdiri daripada cadar asrama, cadar bersaiz queen serta cadar pasukan bolasepak.
Seiring dengan bermulanya tahun baru 2019, saya mula mencari material baru untuk dijual dan saya memang nak betul-betul fokus untuk membina perniagaan saya pada tahun ini.
Pada Januari 2019, saya mula membuka peluang kepada customer untuk membeli biskut raya secara ansuran. Alhamdulillah, sambutan yang diterima sangat menggalakkan. Jumlah jualan biskut raya saya mencecah RM4272.60 dan layak menerima rewards daripada HQ.
Ini antara kejayaan terbesar saya sepanjang 3 tahun menyertai program dropship di bawah Marshaena Collection.
Apa yang saya pelajari sepanjang 3 tahun ini adalah terlalu banyak. Saya sangat berterima kasih dengan Marsha kerana beliau sentiasa menurunkan ilmu marketing, ilmu business yang lainnya serta ilmu pengurusan modal dan untung yang kebanyakkan diturunkan secara percuma.
3 tahun dulu followers di Instagram saya cuma sekitar 100 orang sahaja dan kini sudah pun mencecah 15,910. Selain Instagram, saya juga dah mula masuk ke platform jualan baru iaitu Shopee atas tunjuk ajar dan saranan beliau juga